Wednesday, March 17, 2010

RTM, TV3 & Astro

Parlimen bersidang semula, jadi kita boleh rehat sejenak sambil memerhatikan MP kita berhujah, mendengar atau tidur! Kali ini aku nak cerita pasal program TV percuma dan Astro.

Mula-mula aku nak tanya, rancangan apa paling kelakar? Senario? Rajalawak? Sitcom? Bagi aku ialah ……… Berita Dunia di TV1 yang dibaca oleh Farit Ismeth Emir. Intonation dan nasal sound-nya terutama untuk perkataan berakhir dengan ‘………….an’ sungguh powerful hingga aku kena adjust bass level pada amplifier dan tutup subwoofer. Style-nya macam di-era Taufik Latif memperkenalkan Bintang RTM. Cukup kelakar bila dengar suara latarnya ketika ulasan bolasepak dan ketika “Saudara………….. fikir-fikirkanlah” Terbahak-bahak kami sekeluarga!

Jelasnya, Farit lebih berkaliber menjadi pelawak – dengan gaya duduk bertupang siku, wajah bersungguh-sungguh, tak menjerit dan tak buat lawak bodoh sambil kerap checking rakan pembaca. Rating lucu Farit ialah 3-star mengalahkan Senario yang dapat 1-star selepas dicampur markah kesian. Senario dah ditelan zaman, orang tak boleh ketawa dengan mata juling, suara meneran ala budak-budak atau lawak macam boria dan terjerit-jerit. Aku cukup pantang kalau dengar perkataan ‘Ya Allah’ dalam dialog lawak, adakah layak doa atau nama tuhan dikelakarkan?

Berita TV3 ternyata lebih bagus dari RTM. Berita RTM masih mengekalkan propaganda, coverage untuk aktiviti menteri yang hadir disana-sini. Tersangat kurang pencarian subjek dari pemberita. Cuma TV3 terlalu bersikap memilih, ada wajah orang kena tuduh yang jelas dipaparkan dan ada yang disamarkan. Begitu juga TV3 tidak menyiar atau menamakan syarikat tertentu yang diserbu polis. Mungkin polisi TV3 yang hanya menyiarkan berita separuh masak selain dari iklan yang tersangat panjang!

Tapi aku faham iklan di TV3, itu financial/commercial reasons to provide freeview. Yang aku tak tahan ialah promo di Astro yang berulang secara kerap dan terlampau lama. Kalau aku dapat siaran terrestrial dengan baik atau ada kabel TV company lain, dah lama aku potong Astro. Astro memonopoly perkhidmatan dan service level, so all Malaysian just pay and watch – no talk!

Program-break yang paling aku menyampah ialah bila penyanyi perempuan sengau pilihan TV2 yang pronounce ‘…..di-TV dua’  dengan   ‘……ni-niwi nua’.