Monday, April 26, 2010

Lorong Motosikal = Lorong Jahanam

Dua minggu lalu, hari cerah mungkin tidak akan hujan, aku terpaksa pergi buat passport baru hari itu juga. Passport yang ada masih valid tapi dah habis mukasurat. Baru seminggu balik, aku terpaksa travel lagi untuk teruskan kehidupan. Nampaknya mulai tahun ini aku mungkin kerap tinggalkan keluarga – itulah yang difikirkan sambil melihat motor kapcai anak aku. Aku hadiahkan motor tu kepadanya tahun lepas tapi tak lama selepas tu beliau kena sambung belajar disebuah universiti yang jauh. Motor itu aku sendiri lah pakai sebab anak yang seorang lagi tak main motor – hanya minat kereta yang automatic. Buat masa ni aku tak akan belikan kereta untuknya sebab dia pun dah dapat tawaran menyambung pelajaran mulai bulan depan.


Aku pun start motor ke Putrajaya. Ada sebuah cawangan imigresen yang baru dibuka. Kekadang melayang kapcai bila bas dan lori memotong walau aku bawa 90kmh. Entah berapa kali aku kena hon dengan kereta sebab aku ride on the middle of slow lane. Aku marah sikit je, sebab pemandu tu mesti tidak diajar di kuliah driving school tentang hak penunggang motorsikal. Tapi bila aku pakai motor besar, tak siapa pulak yang hon, pelik!. Motor besar tak melayang dan aku tak rasa marah (bangga ada-la). Aku pun berangan nak update balik motor besar sambil melayang-layang ditepis angin.

Bila sampai ke pinggir Putrajaya aku nampak ada lane motor, so aku terus masuk. Aku rasa was-was sebab aku sorang je guna lane motor. Motor lain berdesup dijalan besar. Sebagaimana resam orang Malaysia, maintenance amat la teruk. Aku yakin tak siapa ambil peduli.

Lane motor penuh pasir, tanah merah, serpihan kaca, sampah, lumpur, becak, retak, bonggol, beralun, korner maut, longkang terbuka, terowong gelap dan yang paling best - lori parking! Betul-betul macam lorong maut.

Tetiba aku brek dan berhenti sebab ternampak satu iklan – notis penggunaan lorong motorsikal mulai 1 April, atau disaman jika guna jalan biasa. Terbuktilah bahawa pihak berkuasa hanya duduk didalam ofis, tak pernah nak tengok apa yang terjadi diluar. Maka dengan spontan sumpah-seranah bermula – orang gomen makan gaji buta, rasuah, menyiksa rakyat, bodoh, bebal, bengap, keldai, otak karat dsb.

Aku dah lebih 30 tahun bawa motor dan dah guna hampir semua lorong motor di Lembah Kelang. Satu pun tak perfect dari segi keselamatan, keselesaan dan kemudahan. Secara kasar, aku dapati lorong khas motosikal:

1. Mempunyai banyak selekoh tajam atau lengkungan yang sangat kecil. Menakutkan untuk motor kecil dan perangkap untuk motor besar.

2. Tidak rata. Walaupun baru, ianya tidak diturap dengan sempurna. Yang lama mungkin disebabkan bonjolan akar pokok dan tampalan cincai. Dahan rendang pula mengundang kecundang.

3. Kecondongan yang salah. Selekoh dibina tidak mengabilkira mereng atau darjah kecondongan yang sesuai. Orang yang biasa naik motor faham sangat hal ni.

4. Pasir dan sampah. Jatuh, terbabas atau tayar pecah adalah ancaman. Semua mat motor pilih bayar saman daripada bayar repair atau tolak motor.

5. Terowong tak ada lampu. Dari terang terus masuk tempat gelap, semua orang buta sekejap, sila cuba. Itu pasal semua terowong motor mesti ada lampu 24 jam. Lagipun terasa lebih selamat, kekadang orang jahat letak dahan pokok nak merompak.

6. Jika hujan, dimana ada perhentian beratap untuk motosikal? Nampak sangat kerajaan tak perihatin kepada golongan pekerja bawahan. Mungkin menteri cakap ‘Depa bayak roadtax 2 ringgit setahun, kalau depa mampuih pun gomen tak rugi’. So jangan harap nak disediakan apa-apa kemudahan.

7. Signage (tujuk arah dan amaran) tak payah cerita. Kalau ada pun, position macam ikut suka beruk mat yeh.

Selepas sesat-larat, akhirnya aku sampai juga di imigresen. Haram, tak ada satu pun tanda arah ke situ (sudah lah web site tak update – how to get there). Waktu menunggu kira okay, dah improve. Cuma macam aku pernah cakap, Malaysia boleh dikenali dengan Negara Salinan. MyKad masih tidak laku tanpa photocopy, dengan kata lain:

a. Kerajaan sendiri tidak yakin MyKad cukup selamat untuk berurusan. Photocopy melengkapkan ciri keselamatan.

b. Kerajaan masih meragui pekerja sendiri. Mungkin pecah amanah masih banyak diamalkan oleh kakitangan kerajaan. Photocopy membuktikan urusan berjalan dengan bersih.

c. MyKad sesungguhnya tidak canggih. Photocopy untuk buat back-office update/record.

Yang bagusnya lihat bagaimana liciknya kerajaan menindas orang kurang mampu. Sungguh bijak. Sertamerta sumpah-seranah (repeat as previous) berkitar semula.

d. RM100 / 32pages / valid 2yrs (actually 1 ½ only due to minimum validity shall be 6 months) and remaining validity is not transferable from current passport.

e. RM300 / 32pages / valid 5yrs and validity is transferable.

Aku terpaksa akur dengan ketidakadilan ini namun aku terpaksa tidak akur pulang melalui lorong maut. Aku belasah guna jalan biasa tapi malang ada pulak 2 motor putih kat depan. Aku keraskan hati siap potong polis trafik, ye lah buat apa motor besar bawak slow. Sebuah motor putih bagi isyarat suruh berhenti, yang ni tak ada pilihan – akur. Polis tu rupanya tak mau saman aku, cuma nasihat je walau aku berkeras mahukan saman sebab tak guna lorong motosikal. Dia cakap ‘Saya tahu keaadan lorong tu sendiri lebih bahaya, saya cuma nak beritahu abang kena gunakan lorong itu bila ada polis- respek la sikit atau faham tugas kami’. Tersentak aku bila dia panggil aku ‘abang’ dan enggan beri saman. Sebenarnya aku sedia masuk mahkamah dan yakin boleh menang sebagaimana rekod dari kes-kes terdahulu.

Aku agak boss-boss JKJR, JPJ dan Putrajaya yang bagi statement pasal penguatkuasan lorong motorsikal adalah manusia yang tak pernah pun lihat lorong itu sendiri! Pembaca atau penggguna motosikal mempunyai pilihan kalau nak recycle ayat-ayat biru diatas.

Saturday, April 24, 2010

Samun JPJ naik 333%

Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan 2010) telah dibentangkan tapi kemudian dibakulsampahkan on the very next day. Kajian ‘teliti’ yang menghanguskan ratusan jam kerja telah menjadi sia-sia. MOT gagal lagi dan KPI jatuh lagi. Di mana silapnya?

I may be wrong but I think MOT failed to set the priority right. They don’t have to introduce any other radical changes, instead enforcing and enhancing current process would be adequate - at this point of time. The objective of 333% increase for compound is obviously a punishment type or to gempak repeated offenders. Not a single reason was highlighted during pembentangan di Dewan by Rahim Bakri (Timb Menteri Pengangkutan) neither he explain the root-causes of repeated traffic offenders. The main MOT problems are:

1. Politic & Sense
Decisions were made because of some politicians say so or MOT officials feel it that way. Both are not experts in road traffic issues therefore almost all of the processes are centred towards facilitating the management or kerja senang to kerajaan – not rakyat didahulukan.

2. Enforcement & Enforcement
Enforcement, enforcement, enforcement, enforcement, enforcement, enforcement, enforcement, enforcement, enforcement, enforcement and enforcement. Do I need to elaborate?

Malaysia is so unique; we have a law that last for only a few hours and outdated laws that originated before my father was born that never been reviewed. Personally I have no objection with the 333% increased  of minimum compound because I know that the government will offer 666% discount at the end of a year!

Tuesday, April 6, 2010

Maybank Islamic?

Aku bukan alim, tapi insaf dan takut nak involve dalam hidup yang singkat ini dengan riba. So aku pun beli rumah secara pinjaman Islam dari Maybank. Masa tu tengah Asian financial crisis, DSAI dengan sukacitanya menaikkan interest rates sebagai cara menggembirakan bankers sambil menyiksa rakyat. Aku pun terkena 9.75% interest rate selepas di-Islamkan oleh Maybank ianya disebut sebagai al-Bai Bitamin Ajil. Kawan aku yang ambil pinjaman secara conventional dari bank luar negara (masa tu 8%) ketawakan aku sebab diperbodohkan dengan fixed interest yang amat tinggi namun aku diam apabila mengingatkan betapa selesanya bersembahyang didalam rumah yang ‘sejuk’.


Selepas 6 tahun, kawan aku receive from his conventional bank an offer to reduce the interest rate in order to stay within current interest ceiling set by Bank Negara. Further, last 2 years his interest lowered again as a strategy to make customers remain with them or to avoid refinancing with other bank. Do you know how wonderful the Maybank Islamic banking?

1. I did not receive any humanitarian offer from Maybank even after I enquire/request about it. Therefore Maybank’s Islamic is no better than riba.

2. I will not get any reduction for early full settlement. Therefore riba style is more helpful than Maybank’s Islamic. No way out.
Example: Developer sold RM100k to Maybank and I agreed to buy RM250k to repay in 20years. After 10 years or paid RM125k, Maybank still insist the balance of RM125k for cash settlement that will include the future 10 years interest. Is that really Islamic?

Sejarah aku berurusan dengan Maybank bermula pada awal 1980an. Aku antara yang terawal mendapat Execard, lepas tu dapat Priority Banking dan yang juga yang terawal menggunakan Maybank2u. After several discrepancies and inconveniences with them, I disassociated myself from Maybank except I can not run away from their so called Islamic housing loan. Current accounts, savings and insurances for the whole family and company semuanya dah terminated soon after I discovered their buaya type attitude towards rakyat Malaysia. Now I am very happy with overseas banks particularly HSBC and local RHB.

The government or Bank Negara is supposed to have some kind of authority to determine whether an Islamic banking is really delivering Islamic concept – to help ummah and share the profit besides other syariah requirements. Objectively, Maybank is tarnishing the beauty of Islam by hiding behind the technical akad-shield. Finance Minister and BNM Governor are also responsible endorsing the ugly look of Islamic banking in Malaysia. No wonder most middle-east banks did not fully recognised our Islamic banking. Islam is indeed a way of life with clear objective and detail process to achieve it. Method must be right and result shall be fair for both parties.

From the said facts, any Muslims should agree with me that practicing riba is better and more humanitarian than the so called Maybank Islamic loan. Kawan-kawan aku tu sebenarnya ada Islam dan bukan, so they are laughing louder at me. Are you?