Monday, May 3, 2010

Polis Kejam: Sekadar Wasiat Untuk Keturunanku.

Aku tak mahu buat sebarang spekulasi tentang kes polis tembak remaja di Shah Alam. Aku Cuma nak share sedikit experience aku yang pernah menjadi ‘subjek’ polis. Dari situ, aku dah lama ambil keputusan tentang attitude polis/PDRM secara keseluruhan. Secara ringkasnya – Aku tidak akan rela bekerjasama dengan PDRM tanpa sebab yang memaksa aku melakukannya. Noktah.

Sebenarnya rasa benci terhadap polis berasal dari dalam keluarga. Arwah bapa berkali-kali melarang keturunannya bekerja sebagai polis. Pada masa itu aku tidak faham apa sebabnya, lantas aku membangkang pendapatnya. Pada aku, tiada polis yang perfect dan memang polis juga melakukan kesilapan. Segalanya berubah menuruti pendapat bapa apabila aku dewasa. Bapa aku benar!

Aku sendiri pernah dipukul polis walau tanpa melakukan kesalahan. Ketika sedang berdiri menunggu kawan diluar toilet. Bengkak dan retak tangan aku dihayun cota. Bila aku nak buat report, sekali lagi kena belasah dalam van tanpa mengira aku yang sudah dicederakan oleh rakan mereka sendiri. Lepas tu kena ugut jangan repot atau ‘kena’ lebih teruk sebab mereka ada ‘bukti’. Kejadian diwaktu remaja menyebabkan aku menyumpah seluruh warga PDRM hingga sekarang. Aku pun pernah berdoa agar polis tersebut dan keluarga mereka dilaknat tuhan sepanjang hayat. Amin.

Aku tidak mahu bercerita penginayaan lain yang berlaku keatas aku dan keluarga. Aku juga dah dengar berbagai kekejaman lain dari mulut kawan-kawan begitu juga kematian seorang saudara (juga seorang remaja) di sebabkan PDRM.

Dan sekarang, aku telah menurunkan wasiat bapaku kepada anak-anak. Setakat ini mereka setuju dan berjanji akan bersikap seperti aku dan datuk mereka. Aku telah jelaskan, kerja mengutip najis anjing atau menjadi pegawai kerajaan yang tidur adalah berjuta kali lebih mulia dari makan gaji polis. Aku selalu mengandaikan kebencian aku kepada PDRM seperti berikut:

“Jika aku perlu membunuh 2 orang dengan 100 butir peluru, aku akan menembak sebutir peluru dikepala penjenayah dan 99 butir lagi ditujukan ke setiap sendi anggota polis”.

Dengan andaian itu, anak-anak aku pun amat faham yang wasiat ini mesti diteruskan kepada generasi seterusnya…………