Monday, April 26, 2010

Lorong Motosikal = Lorong Jahanam

Dua minggu lalu, hari cerah mungkin tidak akan hujan, aku terpaksa pergi buat passport baru hari itu juga. Passport yang ada masih valid tapi dah habis mukasurat. Baru seminggu balik, aku terpaksa travel lagi untuk teruskan kehidupan. Nampaknya mulai tahun ini aku mungkin kerap tinggalkan keluarga – itulah yang difikirkan sambil melihat motor kapcai anak aku. Aku hadiahkan motor tu kepadanya tahun lepas tapi tak lama selepas tu beliau kena sambung belajar disebuah universiti yang jauh. Motor itu aku sendiri lah pakai sebab anak yang seorang lagi tak main motor – hanya minat kereta yang automatic. Buat masa ni aku tak akan belikan kereta untuknya sebab dia pun dah dapat tawaran menyambung pelajaran mulai bulan depan.


Aku pun start motor ke Putrajaya. Ada sebuah cawangan imigresen yang baru dibuka. Kekadang melayang kapcai bila bas dan lori memotong walau aku bawa 90kmh. Entah berapa kali aku kena hon dengan kereta sebab aku ride on the middle of slow lane. Aku marah sikit je, sebab pemandu tu mesti tidak diajar di kuliah driving school tentang hak penunggang motorsikal. Tapi bila aku pakai motor besar, tak siapa pulak yang hon, pelik!. Motor besar tak melayang dan aku tak rasa marah (bangga ada-la). Aku pun berangan nak update balik motor besar sambil melayang-layang ditepis angin.

Bila sampai ke pinggir Putrajaya aku nampak ada lane motor, so aku terus masuk. Aku rasa was-was sebab aku sorang je guna lane motor. Motor lain berdesup dijalan besar. Sebagaimana resam orang Malaysia, maintenance amat la teruk. Aku yakin tak siapa ambil peduli.

Lane motor penuh pasir, tanah merah, serpihan kaca, sampah, lumpur, becak, retak, bonggol, beralun, korner maut, longkang terbuka, terowong gelap dan yang paling best - lori parking! Betul-betul macam lorong maut.

Tetiba aku brek dan berhenti sebab ternampak satu iklan – notis penggunaan lorong motorsikal mulai 1 April, atau disaman jika guna jalan biasa. Terbuktilah bahawa pihak berkuasa hanya duduk didalam ofis, tak pernah nak tengok apa yang terjadi diluar. Maka dengan spontan sumpah-seranah bermula – orang gomen makan gaji buta, rasuah, menyiksa rakyat, bodoh, bebal, bengap, keldai, otak karat dsb.

Aku dah lebih 30 tahun bawa motor dan dah guna hampir semua lorong motor di Lembah Kelang. Satu pun tak perfect dari segi keselamatan, keselesaan dan kemudahan. Secara kasar, aku dapati lorong khas motosikal:

1. Mempunyai banyak selekoh tajam atau lengkungan yang sangat kecil. Menakutkan untuk motor kecil dan perangkap untuk motor besar.

2. Tidak rata. Walaupun baru, ianya tidak diturap dengan sempurna. Yang lama mungkin disebabkan bonjolan akar pokok dan tampalan cincai. Dahan rendang pula mengundang kecundang.

3. Kecondongan yang salah. Selekoh dibina tidak mengabilkira mereng atau darjah kecondongan yang sesuai. Orang yang biasa naik motor faham sangat hal ni.

4. Pasir dan sampah. Jatuh, terbabas atau tayar pecah adalah ancaman. Semua mat motor pilih bayar saman daripada bayar repair atau tolak motor.

5. Terowong tak ada lampu. Dari terang terus masuk tempat gelap, semua orang buta sekejap, sila cuba. Itu pasal semua terowong motor mesti ada lampu 24 jam. Lagipun terasa lebih selamat, kekadang orang jahat letak dahan pokok nak merompak.

6. Jika hujan, dimana ada perhentian beratap untuk motosikal? Nampak sangat kerajaan tak perihatin kepada golongan pekerja bawahan. Mungkin menteri cakap ‘Depa bayak roadtax 2 ringgit setahun, kalau depa mampuih pun gomen tak rugi’. So jangan harap nak disediakan apa-apa kemudahan.

7. Signage (tujuk arah dan amaran) tak payah cerita. Kalau ada pun, position macam ikut suka beruk mat yeh.

Selepas sesat-larat, akhirnya aku sampai juga di imigresen. Haram, tak ada satu pun tanda arah ke situ (sudah lah web site tak update – how to get there). Waktu menunggu kira okay, dah improve. Cuma macam aku pernah cakap, Malaysia boleh dikenali dengan Negara Salinan. MyKad masih tidak laku tanpa photocopy, dengan kata lain:

a. Kerajaan sendiri tidak yakin MyKad cukup selamat untuk berurusan. Photocopy melengkapkan ciri keselamatan.

b. Kerajaan masih meragui pekerja sendiri. Mungkin pecah amanah masih banyak diamalkan oleh kakitangan kerajaan. Photocopy membuktikan urusan berjalan dengan bersih.

c. MyKad sesungguhnya tidak canggih. Photocopy untuk buat back-office update/record.

Yang bagusnya lihat bagaimana liciknya kerajaan menindas orang kurang mampu. Sungguh bijak. Sertamerta sumpah-seranah (repeat as previous) berkitar semula.

d. RM100 / 32pages / valid 2yrs (actually 1 ½ only due to minimum validity shall be 6 months) and remaining validity is not transferable from current passport.

e. RM300 / 32pages / valid 5yrs and validity is transferable.

Aku terpaksa akur dengan ketidakadilan ini namun aku terpaksa tidak akur pulang melalui lorong maut. Aku belasah guna jalan biasa tapi malang ada pulak 2 motor putih kat depan. Aku keraskan hati siap potong polis trafik, ye lah buat apa motor besar bawak slow. Sebuah motor putih bagi isyarat suruh berhenti, yang ni tak ada pilihan – akur. Polis tu rupanya tak mau saman aku, cuma nasihat je walau aku berkeras mahukan saman sebab tak guna lorong motosikal. Dia cakap ‘Saya tahu keaadan lorong tu sendiri lebih bahaya, saya cuma nak beritahu abang kena gunakan lorong itu bila ada polis- respek la sikit atau faham tugas kami’. Tersentak aku bila dia panggil aku ‘abang’ dan enggan beri saman. Sebenarnya aku sedia masuk mahkamah dan yakin boleh menang sebagaimana rekod dari kes-kes terdahulu.

Aku agak boss-boss JKJR, JPJ dan Putrajaya yang bagi statement pasal penguatkuasan lorong motorsikal adalah manusia yang tak pernah pun lihat lorong itu sendiri! Pembaca atau penggguna motosikal mempunyai pilihan kalau nak recycle ayat-ayat biru diatas.

1 comment:

  1. orang gomen kat putrajaya tu buat2 sibuk jer sebenarnya.dari pembantu am pejabat sampai lah ke Ketua Pengarah/Ketua Setiausaha. tang pegawai2 muda atau pengarah/SUB Bahagian jangan cakap lah..bodek je kerjanya..tang makan paling gembira sekali.kalo meeting takde makanan mahu dimakinya..budaya makan memang takleh tinggal..nampak je bergaya dengan tali leher lounge suit tapi asal semuanya dari kampung jugak..bila bawak budaya kampung dalam korporat memang teruklah..tapi dalam surat menyurat, ayat2 gomen la yang paling gempak sekali..siap kena buat amendment beberapa kali..makcik2 felda baca terkedu tak ingat, siap gantung kat dinding tu dapat surat dari kementerian..toksahla nak perbodohkan rakyat..dorang ni kuat makan kuat berak jer..

    ReplyDelete