Tuesday, January 5, 2010

Accident BASikal

Memang naik basikal pun mungkin malang. Root-cause nya, keadaan basikal, bentuk jalan, jenis halangan dsb. Tetapi saya lebih melihat kepada siapa penunggangnya. Begitu juga bila bas ekspress dua tingkat, setingkat, lori, kereta atau motorsikal mengalami kemalangan. Kelakar bila RTM mengutarakan pendapat mengharamkan bas 2 tingkat dan jadual perjalanan tidak melepasi 12 malam!

Most of the commercial/business vehicles accident originally caused by the management of activity - either man, machine and environment. Those are the facts that very little attentions were given by the authority or management. The management is to ensure the driver must have right attitude to drive, specialised training and re-trainings similar to safety program for pilots which to include periodical health-check. Too difficult or costly? I say, it is culture.

Kenyataannya, memandu bas ekspres melebihi had laju adalah satu budaya. Begitu juga quick turn-around to maximise utilisation. Dulu kerajaan suruh pasang alat mengawal had laju tapi dah lama sejuk langsung beku. Elok juga digantikan dengan GPS (dah murah). Data pemanduan boleh direkodkan dipejabat secara terus disamping tracking pun boleh dibuat oleh pihak berkuasa. Saya tak tahu samaada setiap pemandu dimestikan tempoh cuti minima (cth. 30jam berterusan mulai habis tugas hingga mula tugas) dan tempoh memandu maksima (cth. 2 jam giliran pemanduan berterusan) ada dikuatkuasakan. Ketika tempoh tersebut, tiada siapa dibolehkan memandu - samaada diarahkan atau sukarela (overtime) kecuali kecemasan.

Pengurusan bas tidak boleh cuci tangan bila pemandu cakap -'Saya terlelap lalu terbabas.....' kerana ia juga bermaksud 'saya telah membunuh tanpa sengaja ketika disuruh menjalankan tugas menngunakan peralatan yg dibekalkan oleh majikan....'. Malangnya hanya pemandu yang dihukum.

Di artikel ini, saya hanya nak bercakap pasal pemandu saja - banyak lagi topik keselamatan jalanraya yang mungkin akan saya tulis.

No comments:

Post a Comment