Wednesday, February 24, 2010

Tense Learning

1. Guru.
Hari pertama di sekolah baru, to be exact 40 minutes after he found his table in a classroom – Piaaap! Anak aku kena tarik telinga dan herdikan guru perempuan muda yang bertudung. Sebabnya, tak boleh tunjukkan kerja sekolah dan tidak membawa buku. She does not even bother to ask or notice a new kid with sparkling new uniform. Anak aku darjah 3 so dia boleh jawab jika ditanya, tapi dia yang masih lagi culture shock langsung kaku. Esoknya, kena pujuk rayu dan jelaskan ini lah budaya guru-guru di Malaysia, baru lah dia dengan berat hati ke sekolah.

Anak ketiga ini tidak tahu membaca dan menulis, oleh itu aku setuju dia diletakkan di kelas tercorot supaya dapat lebih perhatian dalam asas pembelajaran, Bahasa Melayu. Beliau hanya boleh membaca dan menulis dalam English sebab bersekolah di luar negara. Anak keempat di darjah 1 pun sama, lemah dalam bahasa. In the first few days at school, we sneaked out and observed that most of other kids are able to read and write in BM. Alamak, memang jelas salah aku tak ajar mereka BM. Tapi jiran aku cakap- ‘Cikgu darjah 1 memang expect murid dah tahu membaca dan menulis sebab itu tanggungjawab cikgu tadika’.


2. Jabatan Keldai dan Sekolah.
Cukup seksa urusan kemasukan sekolah untuk 4 orang anak. Barulah aku tahu ada 2 jenis borang, satu untuk VIP atau pekerja kerajaan dan satu lagi untuk swasta dan pekerja sendiri (but not printed on the forms, aku hamba abdi tapi ter-guna borang VIP). Aku kena bertekak dengan pegawai kerajaan dan insisted nak jumpa dengan ketua pengarah, barulah borang itu diterima. Aku dah pernah cerita pasal Negara Salinan, so faham-fahamlah 2 inci kertas yang aku kena sembahkan kepada Yang Maha Bebal Pegawai Kerajaan yang berkhidmat untuk Boss (bukan rakyat). Aku sekeluarga warganegara Malaysia yang dilahirkan di Malaysia menggunakan Mykad/Mykid tapi tidak LAKU di pejabat kerajaan sendiri. Pegawai kerajaan mungkin marah kat aku, tapi hakikatnya mereka memang bebal sebab tak bagi pressure kepada ketua jabatan untuk mematuhi piagam pelanggan. Keldai pun kekadang bagi pressure pada boss-nya. Ketika di luar negara, hanya passport yang diperlukan walau untuk kami yang bukan warganegara sebab government responsibility (children rights) for basic education. Satu sen pun tak payah bayar!

Yang bestnya, aku gagal berjumpa dengan seorang Pegawai Pendidikan Daerah walau setelah 3 kali buat appointment. Beliau semestinya lebih sibuk daripada Perdana Menteri sehingga tidak dapat menepati appointment dan juga sangat berkuasa sehinggakan tidak ada orang lain (delegation of duties) yang boleh lakukan kerja selain dia sendiri. Harap-harap pegawai kerajaan boleh memberi notis bila akan mati, jika tidak rakyat kena tunggu perlantikan dulu sebelum berusuran. Patutlah urusan selalu tergendala bila pegawai kerajaan bercuti sebab Business Continuity Plan memang tak wujud.


3. Fun Learning?
Aku tak mahu cakap pasal pembelajaran sains reverted ke BM. Aku sokong Mahathir dalam hal ni, 100%. Aku yang hanya bersekolah rendah pun tahu kepentingan BI. Tadi, Muhyiddin baru announce nak mulakan fun-learning di sekolah. Baguslah kalau betul sebab aku tengok anak aku ketika di luar negara cukup teruja bila ke sekolah tapi sebaliknya semasa di sini. Murid di sana lebih nakal tapi guru tak pernah guna physical contact dan jerit-pekik nak disiplinkan murid, hanya guna the right attitude and creativity guru. It is not fun to be punished.

Beg sekolah yang berat dah jadi isu basi. Kerajaan tak serius, that is it. Sebuah buku teks boleh disatukan dengan semua matapelajaran asas untuk satu musim. So, hanya 3 hingga 5 buah buku setahun. Beg jadi ringan dan guru terpaksa mengajar ikut syllabus yang ada dalam buku, KPI guru pun boleh diukur. Cuma syarikat percetakan mesti tak setuju, begitu juga ahli politik tertentu – ini diberitahu oleh bekas menteri pelajaran sendiri kepada aku. Weight-lifting is not fun to 7-years old.

Homework is a tradition that is not easy to challenge. Itu sebab guru suka beri banyak homework sebab ia berkaitan self learning lebih daripada tutoring, guru boleh bermalas-malasan di kelas dan guna sedikit skill memeriksa buku latihan di rumah. So orang nampak macam kerja guru tak habis di sekolah, again – homework. Bagi murid setiap subject ada homework, ada timeline tapi guru tak perlu tahu samaada guru lain ada beri homework. Kerjarumah memang bagus bagi budak pandai tapi sangat menakutkan bagi yang kurang bijak. It is indeed not a fun-learning kecuali ada ahli keluarga yang boleh membantu.

Fun learning is when we are nurturing them by allowing their nature to coexist. Bangun 6.30 pagi, balik rumah 1.30 tgh, mandi dan makan sampai 3.00ptg, homework siap jam 5.00ptg, main (nature) hingga 6.30ptg, tidur jam 9.30 malam selepas mandi, makan, ibadat, tv dan bersama keluarga. Aku tak tau mana nak letak time sekolah agama yang pastinya ada homework. Itu tak masuk aktiviti sukan, persatuan dan seni. So, aku cadangkan limit & sychronise-kan homework bukan hapuskan. It is not fun if not having fun as a kid.

Akhir kata, aku minta maaf kepada semua pegawai kerajaan yang tak bebal. Keldai yang aku dimaksudkan ialah Ketua Jabatan/Kementerian yang hanya menganggukkan kepala ketika berjumpa Menteri, lantas mencium tangan!

1 comment:

  1. ala pegawai kerajaan setakat gred 41 nak tengking2 orang pergi mampos lah..setakat gaji 1860 tambah elaun2 rm850..tu pasal lah dorang banyak pakai myvi jer..nak beli honda civic pikir dua kali, kang tak cukup duit nak beli rumah..tapi gaya kena lah ada kan..tali leher dengan lounge suit kena la pakai walaupun jumpa rakyat takpun dengan ceramah pagi/motivasi.makcik2 felda tengok memang mcm dewa la pegawai tuu..padahal duit tarakkkkkk..kuat makan kuat berakk namanya..kerja malas nak mampos..tapi kena la buat2 sibuk kan, kena la cakap banyak kerja kan..supaya dinampaknya mereka berkhidmat untuk negara kan..tahu sangat politik ni..konon2nya kerjanya challenging laa..padahal macam anjing masing2..

    ReplyDelete