Wednesday, February 24, 2010

Privacy Glass: Antara Cermin Gelap dan Hati Gelap

Sebelum aku cerita, sila baca undang-undang dan bicara parlimen terlebih dahulu.

1. Apakah ukuran cermin gelap yang dibenarkan di bawah peruntukan undang-undang?
Mengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang (privacy glass) kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiti atau kanan pemandu.

Siapakah yang dibenarkan menggunakan cermin gelap?
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong:
2. Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri atau Konsortnya;
3. Pemangku Raja sesuatu Negeri atau Konsortnya;
4. Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan atau Konsortnya;
5. Bakal Raja sesuatu Negeri atau Konsort bakal Raja itu;
6. Bekas Raja sesuatu Negeri atau Konsortnya;
7. Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri;
8. Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi;
9. Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masingnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap.
Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.

2. Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Haji Sujak: Minta Menteri Pengangkutan menyatakan di dalam keadaan negara sedang mengalami kepanasan global, adakah kerajaan akan mengkaji semula kebenaran menggunakan cermin hitam pada kenderaan-kenderaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Douglas Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan peraturan sekarang iaitu di bawah Kaedah 5(1), kaedah-kaedah kenderaan motor, paket larangan mengenai jenis-jenis kaca tertentu Pindaan 2000 telah menetapkan bahawa kaca hadapan sesebuah kenderaan motor apabila diukur adalah mempunyai ketelusan cahaya sekurang-kurangnya 70% dan di bawah Kaedah 5(3) kaca-kaca sisi serta kaca-kaca belakang kenderaan hendaklah mempunyai ketelusan cahaya sekurang-kurangnya 50%. Tujuan bagi menetapkan kadar ketelusan 70% pada kaca hadapan adalah untuk memastikan pemandu mempunyai penglihatan dengan baik terutamanya pada waktu malam atau semasa cuaca-cuaca tertentu semasa memandu. Sementara itu penetapan kadar ketelusan 50% pada kaca sisi dan kaca belakang kenderaan adalah untuk memastikan pemandu dan penumpang dapat lihat bagi tujuan keselamatan. Di samping faktor pemanduan dan keselamatan di atas, kadar ketelusan cahaya yang ditetapkan di bawah kaedah ini juga mencukupi untuk melindungi penumpang sesebuah kenderaan dari sinaran cahaya matahari. Sehubungan dengan itu, kerajaan tidak bercadang untuk membuat sebarang pindaan ke atas peraturan kaca gelap yang sedia ada.

Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Haji Sujak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, teknologi sekali lagi membawa kita kaedah di mana kegelapan cermin itu boleh dikawal secara elektronik. Adakah kaedah ini boleh menjejaskan dasar kerajaan? Terima kasih.

Datuk Douglas Uggah Embas: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya sebutkan tadi apa yang diutamakan di sini adalah keselamatan. Jadi mengikut kajian kita, kalau ketelusan kurang dari 70%, ia akan menjejaskan penglihatan pemandu. Jadi ini akan mengakibatkan kemalangan jalan raya. Oleh sebab itu kerajaan memikirkan apa yang kita kenakan sekarang adalah cukup dan tepat.

Dipetik dari Mesyuarat Pertama Parlimen ke 11, 22 Mei 2007.
_________________________________________________

1Malaysia bererti VIP didahulukan, rakyat dibiarkan. Aku berdusta atau fitnah? Oh tidak…. Sila perhatikan yang berikut:

a. Kenderaan kerajaan seperti ambulance, kastam, imigresen malah JKR dan Felda pun berkaca gelap.

b. Kenderaan kebanyakan menteri berkaca gelap samaada hak kerajaan atau persendirian. Ini termasuk yang digunakan oleh PM sendiri dan ramai menteri lain dan keluarga royalty.

c. Pergi ke pusat pentadbiran Putrajaya, saksikalah kenderaan berkaca gelap yang berada tak jauh dari penguasa (Kem Pengangkutan/JPJ) sendiri.

d. Single/small/fancy digits selalunya kepunyaan royalty/VIP/businessman, perasan tak kacanya selain modelnya?

Hakikatnya, JPJ sengaja tidak menguatkuasakan undang-undang ini kecuali kepada rakyat biasa. Seharusnya KPI Menteri Pengangkutan berada diaras under-performer selagi rakyat boleh lihat keadaan ini. SPRM pun boleh jenguk-jenguk kenapa JPJ terbukti gagal melaksanakan tugas (pastikan 4wd SPRM sendiri berkaca cerah).

‘….penumpang dapat dilihat bagi tujuan keselamatan.’ – adalah satu alasan yang tersangatlah bodoh dari seorang ahli parlimen. Kenapalah ada manusia boleh pilih keldai jadi wakil di parlimen? Hakikatnya, Menteri Dalam Negeri lebih bijak dari keldai atau Menteri Pengangkutan.

‘….masaalah kesihatan kulit dan ancaman keselamatan.’. Nampaknya seluruh penghuni Malaysia diakui aman dan keselamatan tidak diancam kecuali siapa ya…? Millionnaires dan businessperson tak perlu kaca gelap sebab mampu beli kereta kalis peluru dan escorts/bodyguards. Very subjective definition, kena minta penjelasan Menteri Pengangkutan yang bijak bistari mengekalkan KPI tinggi. Ingat tak crash-helmet visor yang pernah diharamkan? Biasalah, sikap kita marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kerana segelintir penjenayah, berpuluh juta rakyat Malaysia kena sengsara panas (ingat, kecuali hanya 9 categori dibenarkan dan 2 kategori pengecualian diatas).

'Jadi mengikut kajian kita, kalau ketelusan kurang dari 70%, ia akan menjejaskan penglihatan pemandu. Jadi ini akan mengakibatkan kemalangan jalan raya.' Itu untuk cermin depan la Pak Keldai, apa kajian privacy glass?  

Insyaallah aku akan ulas subject Privacy Glass atau cermin gelap belakang dan sisi belakang. Buat masa ini cukuplah memikirkan antara cermin gelap dan hati gelap pemimpin kita.

No comments:

Post a Comment