Thursday, February 25, 2010

Privacy Glass: Cermin Gelap #2

Aku nak sambung sikit pasal Outdated Law atau Inconsiderate Law atau Sapubersih Law atau Collateraldamage Law atau Rakyatkena Law atau Gelaphati Law atau Keldai Law atau Bakarkelambu Law dsb. Semuanya bermula dengan persoalan:

1. Jelaskan objective: Kenapa Malaysia menyertai WP29 (World Forum for Harmonisation of Vehicle Regulations) dan adakah kita implement 100%? Jika dah sign tapi tidak implement sepenuhnya, ini bermakna JPJ tidak boleh saman kenderaan jiran dengan privacy glass tetapi masih boleh menghukum rakyat sendiri. Hanya kera menyusukan anak kera so, kecuali jika JPJ suka jadi kera-jaan.

2. Apa statistic, kajian dan analisis JKJR, MIROS, atau JPJ yang dapat menunjukkan perkaitan privacy glass dengan kemalangan jalanraya? Dan PDRM juga perlu membuktikan perkaitannya dengan jenayah, cuma no more blunder sepertimana visor topi keledar. Jika lah benar PDRM dapat buktikan, bermakna negara ni tak selamat and ironinya ‘ancaman keselamatan’ is applicable to everyone. Macam kucing kejar ekor sendiri!

3. Sekarang ini original privacy glass iaitu cermin sisi belakang dan belakang mesti telus cahaya pada peratusan tertentu. Dari asas apa MOT dapat kesimpulan ianya selamat and terbaik untuk kegunaan di Malaysia? (Sila nafikan bahawa jurutera Mercedes, Lamborgini, Volvo, BMW, Honda, Chrysler, Toyota lebih pandai dari jurutera MOT/PDRM).

4. Jika benar minima ketelusan cahaya seperti diatas selamat dan ada asas, sila jawab:

a. Skrin jenis removable/collapsible dan langsir adalah tidak menepati had minima ketelusan, tetapi kenapa tak saman? Malah Proton punya standard accessory (roll-type) boleh diluluskan. MOT/JPJ mesti focus dan objective, kalau kurang dari had dan masih melekap di cermin kena terus saman!

b. Macam mana nak saman chromatic glass? Regardless electrically controlled or heat/light activated.

c. Kenapa full-bodied atau panel van lulus Puspakom. Alasan ‘commercial vehicle’ tak boleh diterima sebab safety no compromise. Aku fahamlah kalau van Securicor. Kalau masih tetap bertahan dengan alasan bodoh ni, inadvertently the authority is saying it is ok to hit private vehicles!

d. Adakah MOT mengatakan UNECE agreement on February 2004 tidak cukup bagus? UNECE langsung tidak regulate privacy glass sebagaimana Californian Law (antara yang paling strict di dunia walau cuaca tidak seterik Malaysia).

5. Jangan kaitkan isu insuran sebab aku akan hentam isu ini dengan Kementerian Kewangan. Banyak hal dengan semua syarikat insuran di Malaysia yang pukul rata menekan pengguna. Pihak manalah agaknya yang akan memperjuangkan nasib rakyat? Kelakar kalau nak harap syarikat insuran mematuhi slogan 1Malaysia – People First, Performance Now!

6. Jika setiap minda manusia (bukan keldai, kera atau kucing) meletakkan keselamatan sebagai priority dan rakyat didahulukan, adakah isu privacy glass lebih serius dari:

a. Super-bright headlamps?
b. Super-fast express busses?
c. Super-con taxi drivers?
d. Super-holes road conditions?
e. Super-confuse road signage?
f. Super-inefficient public transport?
g. Super-stupid ceramah driving school?

7. Jika Menteri Pengangkutan ada garispanduan tertentu membenarkan (justification untuk beri pengecualian cermin gelap selain masaalah kesihatan), sila publish garispanduan tersebut supaya nampak pentadbiran MOT sendiri ada transparent. Ini HAK rakyat. Seharusnya penjelasan itu beserta data siapa yang telah dibenarkan.
Contoh sehingga February 2010:
  Health reasons   = 100  (subj to yearly approval)
  Security/PDRM = 100  (key govt positions & PDRM approved)
  Agency berisiko = 1000 (mostly security vans).
  Palace/PM         = 27    (official govt provided vehiles only)
  Total OTR         = 1227 legal units

 Aku yakin Menteri Pengangkutan mesti kantoi sebabnya:
a. Jika tidak banyak diluluskan bermakna penguatkuasaan tersangat lemah sebab aku yakin jumlah diatas jalan lebih banyak daripada itu. Jika KPI Menteri Pengangkutan tak jatuh, bermakna seluruh system mengukur pencapaian itu terbukti gagal dan amat memalukan PM kita! Kita lihat nanti.......

b. Jika memang banyak diluluskan bermakna privacy glass adalah satu keperluan. Dari aspek keselamatan, hanya agency berisiko yang sepatutnya mendapat pengecualian. VIP (menteri dan royal family) sejelas-jelasnya tidak layak mendapat keistimewaan ini, tak terancam langsung. Bersalaman dan berucap di majlis keramaian adalah ketika yang lebih mudah, terbuka dan terancam daripada berada didalam kenderaan yang bergerak laju.

c. Kaca kalis peluru lebih sesuai dari cermin gelap untuk orang kaya. Tidak seorang pun dari kategori ini yang boleh dibenarkan sebab menteri pun cakap - 'untuk keselamatan' dan tidak pernah ambil peduli pasal keselesaan atau privacy. Guna bodyguard lagi selamat. Jika Menteri Pengangkutan tidak bersetuju dengan statement ini, bermakna garispanduan bercermin gelap adalah termasuk untuk orang kaya dan ternama sahaja. Remember, very often we can see 'small-digit' fitted with dark glass.

Kepada orang gomen dan ahli parlimen, anggaplah billrakyat ini sebagai cabaran membuktikan sebaliknya. Rakyat cuma nak sedikit keselesaan dari hasil titik peluh sendiri. Tak ada sebarang kos dari kerajaan, sebaliknya menjimatkan dari sudut penguatkuasaan dan perundangan. Hakikatnya, tiada 2Malaysia.

3 comments:

  1. pegawai-pegawai bila baca artikel ni buat-buat sibuk la berbincang polisi negara konon2nya.p adahal dorang la yang monopoli budi bicara ketika ditahan semasa operasi, monopoli jualan lelong, monopoli nombor plat..

    pegawai-pegawai gred 41,44,48,52,54, JUSA A,B,C, TURUS 1,2,3..semua sama jer.toksah nak taichi ke pihak atasan untuk menunding jari. masing2 kuat makan, kuat berak!

    ReplyDelete
  2. Saya ingin menbawa usul seharusnya cermin gelap ini di abolishkan sama-sekali. Ianya tidak releven sekali.

    Orang-orang penting/kaya/politik lebih elok mengunakan cermin kalis peluru dari cermin gelap.

    Isu ini seharusnya di bawa ke Parlimen utk di bahaskan. Dan isu cermin gelap ini haruslah di ubah membenarkan semua orang menggunakannya. 70% ketelusan cahaya untuk semua cermin sudah mencukupi.

    Jangan sampai 100% ketelusan cahaya x dapat di tembusi sudah lah. Nanti jadi jenayah rogol menrogol di bas, atau jenayah maksiat di kereta/van/bas/etc.

    Bawalah usul ini kepada wakil rakyat berdekatan kita semua dan harap ia cepat2 diluluskan. Dan cepat2 lah jgk undang2 digubal serta merta. Dan harap2 Puspakom dan JPJ tidak lagi menyalahgunakan kuasa mereka menyaman tanpa tidak kira hala.

    ReplyDelete
  3. Setuju 1000%.
    Harap dapat publish ke media arus perdana.

    ReplyDelete